Sorting by

×

CUTI TAMBAHAN 15 SEPTEMBER: MELAKA RANCAKKAN ACARA PELANCONGAN

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

SERI NEGERI 23 Julai – Melaka akan merancakkan acara pelancongan bersempena cuti tambahan Hari Malaysia 2025 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata pengumuman cuti tambahan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Melaka bagi menarik lebih ramai pelancong ke bumi bersejarah itu, sejajar dengan sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 di negeri itu.

“Memang sangat sesuai apabila cuti tambahan ini diumumkan, lebih-lebih lagi bersempena dengan penganjuran WTD dengan Melaka sebagai tuan rumah mewakili Malaysia.

“Kita akan tampil dengan pelbagai aktiviti menarik kerana sektor pelancongan adalah antara fokus utama kerajaan negeri ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Persidangan Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad.

Pagi tadi, Perdana Menteri dalam ucapan Pengumuman Penghargaan untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi semua saluran televisyen utama serta platform media sosial mengumumkan 15 September sebagai hari kelepasan am tambahan bagi menghargai ukhuwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia.

Jelas beliau, cuti tambahan itu juga diberikan sebagai galakan untuk rakyat menjalinkan silaturahim sesama keluarga di kampung atau meluangkan masa bercuti di dalam negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

329
Kongsi :
Previous post 21 DEWAN SEKOLAH SIAP DIBINA – EXCO
Next post MELAKA ANGKAT KERTAS CADANGAN LARANGAN PENGILANGAN, PENJUALAN VAPE