Sorting by

×

DANA PEMBANGUNAN BANTU SYARIKAT, USAHAWAN MELAKA KEMBANG PERNIAGAAN

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

SERI NEGERI 10 Disember – Sebanyak 67 syarikat termasuk usahawan di negeri ini menerima bantuan Dana Pembangunan Usahawan Negeri Melaka pada 2024.

Exco Pembangunan Usahawan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Soh Chin berkata, tiga daripada penerima adalah usahawan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil membabitkan peruntukan dana bernilai RM9,000.

“Dana Pembangunan Usahawan ini adalah bertujuan bagi membantu syarikat atau usahawan untuk mengembangkan perniagaan yang diusahakan mereka.

“Untuk DUN Bukit Katil khususnya, Kerajaan Negeri telah menerima tiga permohonan bagi 2024 dan kesemua permohonan telah diluluskan serta menerima bantuan dana dengan setiap seorang menerima RM3,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Adly Zahari (PH-Bukit Katil) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

Allex yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang berkata, dana ini diteruskan pada 2025 tetapi di dalam bentuk pemerkasaan usahawan di dalam pendigitalan perniagaan.

“Pendekatan itu diambil kerana untuk membantu usahawan agar dapat memasarkan produk mereka pergi lebih jauh.

“Beberapa kriteria ditetapkan untuk usahawan yang ingin membuat permohonan dana antaranya pendapatan tahunan tidak melebihi RM300,000 atau mempunyai kurang lima pekerja,” katanya.

Jelasnya, semua permohonan akan melalui proses saringan awal oleh Pejabat Daerah sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Dana Pembangunan Usahawan Negeri Melaka bagi tujuan kelulusan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

212
Kongsi :
Previous post NAIK TARAF PERSIMPANGAN BUKIT RAMBAI BERMULA 2026 – EXCO
Next post 507 SIRI PENGIMARAHAN MASJID, SURAU DI PEDALAMAN MELAKA