Sorting by

×

DARI PASAR MALAM KE KILANG, MADU MELAKA HALAL HUB TERBANG TINGGI

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

SERKAM 7 Oktober – Siapa sangka, bermula dari pasar malam, produk madu lebah berjenama HaNiGo oleh Farhan Adam Food Industries kini mampu terbang lebih tinggi sebaik mula beroperasi di Melaka Halal Hub Sdn Bhd.

Mana tidaknya, daripada kecil-kecilan untuk pasaran tempatan, pelbagai produk madu lebah itu kini semakin mendapat perhatian, termasuklah mula menembusi pasaran luar negara menerusi konsep Original Equipment Manufacturer (OEM).

Menurut Pengusahanya, Farhan Abdul Aziz, syarikatnya kini menghasilkan pelbagai produk berasaskan madu lebah antaranya ‘madu stick’ berperisa strawberi yang merupakan pertama seumpamanya di Malaysia.

“Selain itu, kami turut menjual madu sachet, air madu, madu tualang, madu campuran habbatus sauda serta ‘honey pocket’ yang terbukti memberi manfaat besar kepada kesihatan.

“Alhamdulillah, kini produk kami semakin dikenali bukan sahaja di platform fizikal seperti kedai runcit dan pasar raya, malah ia turut mendapat sambutan hebat menerusi platform dalam talian dan e-dagang.

“Malah, kami juga turut terlibat dalam pelbagai festival keusahawanan, umpamanya AgroFest di Bintulu, Sarawak, selain akan turut menyertai karnival dianjurkan SME Corp,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp image 2025 09 11 at 12.47.10
FARHAN

Sementara itu, bapanya yang juga pengasas syarikat, Abdul Aziz Mohd Haron berkata, selepas sembilan tahun berniaga secara kecil-kecilan di pasar malam, dia mula memberanikan diri untuk membuka kilang di Melaka Halal Hub dan hasilnya, produk yang dihasilkan lebih pelbagai dan mula mendapat perhatian.

Jelasnya, legasi tersebut kini diteruskan anaknya bagi membuka ruang kepada generasi muda untuk mengolah strategi perniagaan yang lebih terkini dalam membantu produk terus berkembang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

480
Kongsi :
Previous post PEMUDA MAUT, RAKAN CEDERA MOTOSIKAL TERBABAS MASUK LONGKANG
Next post SMK KRUBONG HARUMKAN NAMA MELAKA, CIPTA BOT MESRA ALAM