Sorting by

×

DARI THREAD KE REALITI: TPM MERIAHKAN RUMAH TERBUKA MeSRa DI DUYONG

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

DUYONG, 10 April – “Dengar cerita malam ini ada makan-makan dekat Duyong?” Bermula dengan gurauan di Threads, akhirnya menjadi realiti.

Interaksi santai antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem mengenai “makan-makan di Duyong” mencuri perhatian netizen sebelum beliau hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat (MeSRa), malam ini.

Beliau yang diiringi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, tiba menaiki kenderaan yang sama kira-kira jam 8.10 malam dan disambut Mohd Noor Helmy.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua jabatan dan agensi serta lain-lain kenamaan.

Mohd Noor Helmy berkata, beliau sebelum ini menjemput Timbalan Perdana Menteri secara peribadi, namun Ahmad Zahid tidak memberi kata putus sehingga hantaran itu dibuat di laman sosial peribadinya.

“Timbalan Perdana Menteri ‘main jiwa’, datang atau tidak kita tertanya-tanya sehingga hantaran itu dibuat, akhirnya beliau bersama dengan rakyat Duyong,” katanya.

Pada majlis berkenaan, pelbagai juadah tradisi dihidangkan dan dinikmati dalam suasana santai ala piknik di stadium, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan dan kebersamaan rakyat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

515
Kongsi :
Previous post MBMB PERINTIS TONG SAMPAH PINTAR PERTAMA DALAM NEGARA
Next post KERAJAAN TERUSKAN OPERASI PEMBENIHAN AWAN, BANTU TINGKAT PARAS AIR EMPANGAN MELAKA