Sorting by

×

DATARAN BANDARAYA MBMB TERUS JADI PILIHAN IFTAR SANTAI BERSAMA KELUARGA

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 25 Februari – Dataran Bandaraya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Ayer Keroh terus menjadi pilihan sebagai lokasi santai berbuka puasa bersama keluarga pada tahun ini.

Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata, ia dapat dilihat apabila dalam tempoh beberapa hari Ramadan sahaja, lebih 200 pengunjung telah menjadikan dataran tersebut sebagai lokasi pilihan.

Jelas beliau, oleh sebab sambutan menggalakkan yang diterima itu, MBMB terus komited mempromosikan program Jom Iftar Santai bersama keluarga @ Dataran Bandaraya MBMB dalam menjadikan kawasan itu terus hidup sepanjang Ramadan tahun ini.

“Alhamdulillah, sambutan hebat ini juga bertitik tolak daripada usaha MBMB menyediakan pelbagai kemudahan asas lengkap seperti tandas dan surau untuk orang ramai yang datang berbuka puasa di sini.

“Kita juga melihat, berbuka puasa secara santai ini sudah menjadi trend dalam kalangan rakyat, oleh sebab itu, kita sentiasa menambah baik kemudahan yang ada demi kesejahteraan warga bandaraya,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shadan berkata, pihaknya tidak menetapkan apa-apa syarat untuk orang ramai berbuka puasa di Dataran MBMB, namun mengingatkan pengunjung agar sentiasa menjaga kebersihan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, MBMB juga akan mengadakan edaran air balang secara percuma di Dataran Bandaraya MBMB bermula 27 Februari hingga 14 Mac depan.

Katanya, edaran air balang percuma itu akan diadakan bermula jam 5 petang sehingga habis.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

422
Kongsi :
Previous post BAZAR DI MELAKA SEMAKIN MATANG, EKONOMI PENIAGA BERKEMBANG
Next post 1,340 CALON UPKK 2025 MELAKA PEROLEH 9A