
DATUK SAPIAH TERIMA ANUGERAH KEPIMPINAN PBT TERBAIK PERBANDARAN
AYER KEROH 9 November – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Sapiah Haron menerima Anugerah Kepimpinan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Terbaik (Perbandaran).
Anugerah berprestij ini disampaikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2025 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam.
Menurut Sapiah anugerah itu Sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan cemerlang dan komitmen beliau dalam memperkasa tadbir urus serta kecemerlangan perkhidmatan di peringkat PBT.
“Ia termasuk pencapaian MPHTJ dalam perkhidmatan kepada masyarakat, penyelesaian aduan, serta penglibatan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
“Penerimaan anugerah ini amat bermakna kerana ia menunjukkan penghargaan terhadap usaha dan perkhidmatan yang diberikan, selain menjadi pemangkin kepada seluruh anggota MPHTJ untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sapiah berharap MPHTJ akan menjadi PBT terbaik dan terunggul serta memastikan setiap pertandingan, sama ada peringkat kebangsaan atau antarabangsa, membuahkan kemenangan.
“Ini juga pembakar semangat semua warga kerja MPHTJ bagi memastikan yang terbaik dalam setiap pelaksanaan tugas,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


