Sorting by

×

DEBARAN CMIEA 2025, PENTAS IKTIRAF INDUSTRI MELAKA KIAN TERASA

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KOTA LAKSAMANA 9 November – Sebanyak 12 syarikat berimpak tinggi di Melaka bakal berentap bagi mengungguli pelbagai kategori dipertandingkan dalam Anugerah Kecemerlangan Industri Ketua Menteri (CMIEA 2025).

Acara berprestij mengiktiraf kecemerlangan industri di Melaka diadakan semula tahun ini selepas kali terakhir penganjurannya hampir sedekad lalu.

Sebanyak lima kategori utama dipertandingkan antaranya Anugerah Ketua Menteri, Anugerah Kecemerlangan Sektor Pembuatan, Anugerah Kecemerlangan Sektor Perkhidmatan, Anugerah Kecemerlangan Syarikat Paling Berpotensi dan Anugerah Kecemerlangan Kategori Terbuka, bagi syarikat luar biasa yang tidak termasuk dalam kategori lain.

Img 20251109 wa0006
PANEL penjurian sedang menghadiri Bengkel Proses Penilaian CMIEA 2025. Foto: Aufa ‘Izzati

Bertemakan Meraikan Kecemerlangan Industri, CMIEA 2025 dianjurkan oleh Invest Melaka Berhad dengan kerjasama Perbadanan Melaka (MCORP) bersama rakan strategik Perbadanan Produktiviti Malaysia dan Malaysian Investment Development Authority (MIDA).

Ia bertujuan mengiktiraf pencapaian dan sumbangan syarikat-syarikat tempatan, dan asing dalam memperkukuh hubungan strategik antara kerajaan negeri dan sektor industri, serta menggalakkan inovasi serta peningkatan berterusan dalam penghasilan produk dan perkhidmatan.

Mengikut rekod, CMIEA mula diperkenalkan pada tahun 2003 dan telah diadakan sebanyak tujuh kali sehingga tahun 2015.

Setelah hampir sedekad, penganjuran CMIEA 2025 menandakan kebangkitan semula platform berprestij ini yang menjadi wadah menghargai sumbangan industri terhadap kemajuan ekonomi Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

404
Kongsi :
Previous post MELAKA RANGKUL JUARA KEJOHANAN SEPAKTAKRAW PIALA TUN ALI 2025
Next post DATUK SAPIAH TERIMA ANUGERAH KEPIMPINAN PBT TERBAIK PERBANDARAN