
DEEPAVALI: BAYARAN STR DIAWALKAN, DISKAUN TOL 50 PERATUS – PM ANWAR
Ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata kerajaan juga bersetuju meluluskan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus selama dua hari berikutan cuti panjang bersempena dengan perayaan yang bakal diraikan oleh kaum India itu.
Warga sekolah di seluruh negara bakal menikmati cuti panjang bersempena dengan Deepavali tahun ini bagi memberikan peluang kepada mereka yang terbabit menyambut perayaan Pesta Cahaya itu bersama-sama keluarga.
Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 Kementerian Pendidikan (KPM), cuti tambahan dua hari diberikan kepada semua sekolah di seluruh negara kecuali Sarawak.
Bagi Kumpulan A, iaitu sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bercuti pada 19 Okt (Ahad) dan 21 Okt (Selasa).
Kumpulan B merangkumi sekolah di Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan bercuti pada 21 Okt (Selasa) dan 22 Okt (Rabu), manakala Sarawak diberikan cuti sehari pada 20 Okt (Isnin).
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.