Sorting by

×

DEEPAVALI: PERKUKUH CAHAYA PERPADUAN

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

TANJUNG BIDARA 19 Oktober –  Sambutan Deepavali di Malaysia dianggap istimewa kerana bukan sahaja diraikan oleh masyarakat beragama Hindu, tetapi turut dikongsi dalam semangat kekitaan dan kebersamaan yang merentasi sempadan agama, budaya serta kaum.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, seiring semangat Pesta Cahaya, semua rakyat Melaka diminta agar terus memelihara cahaya perpaduan yang sekian lama menyinari negeri ini mahupun negara.

Katanya, perbezaan budaya, kepercayaan dan bahasa harus dijadikan kekuatan menyatukan kita semua sebagai sebuah keluarga besar di bawah satu langit Melaka yang berkongsi harapan dan masa depan demi kelestarian serta kemakmuran negeri bertuah ini.

“Saya amat berharap saudara dan saudara terus menyokong segala inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan bumi bertuah ini terus dibina melalui, perpaduan yang kukuh, ekonomi yang stabil dan
pembangunan negeri yang mampan.

“Malah saya yakin, ia secara tidak langsung menjadi kekuatan kepada saya dan barisan kepimpinan kerajaan negeri untuk terus komited melaksanakan amanah, sekali gus memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat di negeri ini.

Ab  Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Perayaan Deepavali Parliman Masjid Tanah di Villa D’Acqua, Kampung Pulau, di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam serta Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Yang turut hadir Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin; Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rosli Abdullah, Naib Presiden Penapisan, Pemasaran dan Perdagangan, Perniagaan Hiliran Petronas, Ahmad Adly Alias serta Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Halyjah Muhamad.

Inisiatif pemberian sumbangan itu turut mendapat kerjasama Yayasan Petronas yang menyediakan peruntukan RM55,000 termasuk kit makanan untuk diagihkan kepada 175 orang penerima dalam Parlimen Masjid Tanah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

378
Kongsi :
Previous post WRUR: PENDUDUK HARAP JAMBATAN STULANG DAENG-PULAU GADONG SIAP LEBIH AWAL
Next post MELAKA NEGERI CONTOH, REFORMASI BIROKRASI HASILKAN PENJIMATAN RM13.5 JUTA