Sorting by

×

DELEGASI DUNIA DIJEMPUT HAYATI KEUNIKAN MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

BANDA HILIR 27 September – Malaysia mengundang para delegasi dan pelancong antarabangsa yang hadir sempena Hari Pelancongan Sedunia (WTD)dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 untuk merasai sendiri keunikan Melaka.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata peluang berada di Tapak Warisan Dunia UNESCO, Melaka wajar dimanfaatkan untuk menyelami sejarah, warisan dan kepelbagaian budaya yang menjadi identiti negeri bersejarah itu.

Katanya, sebagai tuan rumah tahun 2025 jadikan perhimpunan itu sebagai satu mercu tanda perubahan.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengundang semua yang menghadiri mesyuarat dan perbincnagna ini untuk merasai sendiri keunikan Malaysia. Gunakan peluang ini untuk menyelami Melaka yang kaya dengan sejarah, daripada Jonker Street yang ikonik hingga seni bina berusia ratusan tahun.

“Nikmatilah sajian tradisional serta kepelbagaian komuniti berbilang budaya yang mencerminkan warisan negara, biarlah pengalaman ini mengingatkan kita mengapa pelancongan mampan amat penting dan mengapa usaha kita mesti diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian WTD dan WTC 2025 di sebuah hotel di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Setiausaha Agung Pelancongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Tourism), Zurab Pololikashvili dan kenamaan lain.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin serta Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Rahman Abdul Razak bersama barisan Exco dan Timbalan Exco.

King Sing turut menjemput dan mengalu-alukan kedatangan menteri dan ketua delegasi, pakar, pemimpin industri serta sahabat pelancongan dunia dapat membawa pulang bukan sahaja kenangan, tetapi juga komitmen untuk menjadikan sektor pelancongan global lebih mampan, inklusif dan berdaya tahan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

489
Kongsi :
Previous post DISKAUN TIKET MELAKA RIVER CRUISE HANYA DI KARNIVAL WTD 2025
Next post MALAYSIA LAKSANA PENANDA ARAS BAHARU PELANCONGAN LESTARI