Sorting by

×

DELEGASI, MEDIA ANTARABANGSA MELAWAT PRODUK IKONIK MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BANDA HILIR 29 September – Delegasi asing yang berkampung di Melaka bersempena sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 dibawa melawat lokasi tumpuan serta ikonik negeri ini bagi menghargai penglibatan mereka dalam kedua-dua acara besar itu.

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Negeri Melaka, Nasrul Ahmad berkata, delegasi asing turut melibatkan menteri dan media dibawa melawat produk pelancongan Melaka seperti Menara Taming Sari, Melaka River Cruise, Perkampungan Hang Tuah dan Eco-Cruise Sungai Linggi.

“Kita mahu mereka tahu mengenai pelbagai produk pelancongan yang ada di Melaka, sekali gus mempromosikan negeri ini sebagai destinasi percutian kepada dunia.

“Apa yang menarik ketika lawatan ke Perkampungan Hang Tuah, delegasi ini diberi peluang merasai pengalaman makan beradat dan mencanting batik yang juga sebahagian daripada identiti Malaysia. Ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan budaya dan tradisi rakyat tempatan kepada pengunjung luar,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Nasrul berkata demikian ketika ditemui sempena lawatan teknikal delegasi antarabangsa ke Menara Taming Sari, di Menara Taming Sari, hari ini.

Hadir sama menyambut ketibaan delegasi asing berkenaan adalah Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) Nur Azan Hassan,

Menurutnya, selain memperkenalkan lokasi bersejarah dan ikon pelancongan, turut diperkenalkan adalah hidangan tempatan seperti lemang, rendang dan laksa nyonya.

“Barisan menteri yang hadir dibawa untuk melihat demonstrasi masakan dan merasai sendiri keenakan hidangan makanan tempatan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

397
Kongsi :
Previous post BELANJAWAN 2026: KEMBANGKAN POTENSI MELAKA SEBAGAI HAB PRODUK HALAL
Next post BMS 2025: ‘SUPERHERO’ PENENTU KEJAYAAN ANAK-ANAK