Sorting by

×

DEMI KESELAMATAN RAKYAT, KETUA MENTERI TINJAU SIMPANG ‘BERDARAH’ LONDANG

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

TANJUNG BIDARA 2 Mac – Keprihatinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap keselamatan rakyat terus dizahirkan apabila beliau sendiri turun padang bagi meninjau aduan diutarakan penduduk.

Aduan yang diterima adalah membabitkan persimpangan Kawasan Perindustrian Londang dan Taman Idaman Jaya yang didakwa sering menjadi lokasi panas kemalangan terutamanya pada waktu puncak dan malam hari.

Malah, pengguna jalan raya di kawasan itu juga semakin gusar dan bimbang apabila kemalangan yang berlaku turut melibatkan kehilangan nyawa.

Terdahulu, Ketua Menteri tiba kira-kira jam 9 pagi bersama pelbagai agensi dan jabatan berkaitan, termasuklah Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah; Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Melaka; Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Whatsapp image 2026 03 02 at 11.11.55
PELBAGAI agensi bersama turun padang bagi menyelesaikan masalah dihadapi rakyat dan pengguna jalan raya. Foto Pejabat Ketua Menteri

Pada lawatan itu, Ab Rauf  yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara dan pihak berkaitan telah melihat sendiri masalah dihadapi penduduk dan pengguna jalan raya di kawasan berkenaan serta meminta pihak teknikal menilai dan meneliti secara terperinci masalah utama di kawasan itu.

Difahamkan, antara aspek keselamatan yang akan ditambah baik di kawasan itu adalah pemasangan lampu isyarat, pemasangan papan tanda amaran serta menambah baik pencahayaan.

Langkah segera itu perlu memandangkan bagi beliau, keselamatan rakyat di negeri ini tidak boleh dipandang ringan, selain pada masa sama ia dapat mengelakkan lebih banyak insiden tidak diingingi berlaku.

Turut bersama Ketua Menteri pada tinjauan itu adalah Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas; Yang Dipertua MPAG, Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim; serta Pengarah JKR Negeri Melaka Ir. Mohamad Salzeli Moktar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

439
Kongsi :
Previous post MELAKA SAMBUT BAIK USAHA NGO SOKONG ASPIRASI ‘MESRA’
Next post MASJID SELAT TERIMA HAMPIR 500 JEMAAH IFTAR SETIAP HARI