Sorting by

×

DERITA ADIK UWAIS DAPAT PERHATIAN MAIM, YB DUYONG

Masa Membaca:46 Saat

DUYONG 30 Mac – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Mungkin itulah perumpaan paling tepat menggambarkan derita yang ditanggung adik Muhammad Uwais Alqarni.

Kanak-kanak itu diuji dengan ketumbuhan tumor di kepala dan terpaksa melalui rawatan kimoterapi seminggu sekali sehingga hujung tahun ini.

Derita itu bagaimanapun mendapat perhatian Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem yang hadir turun padang menziarahi adik Uwais.

Menerusi sesi ziarah itu, MAIM telah menyampaikan sumbangan awal berupa wang tunai bagi meringankan beban kanak-kanak itu dan keluarga.

Menurut MAIM, bantuan susulan juga akan diperhalusi dengan kadar segera bagi membolehkan adik Uwais mendapat rawatan terbaik.

“Sama-sama kita doakan kesihatan adik Uwais segera sembuh dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain,” kata MAIM.

Terdahulu, sesi ziarah itu turut dihadiri Pegawai Tugas Khas MAIM Datuk Wira Md Rawi Mahmud.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

416
Kongsi :
Previous post MOT CADANG PINDA AKTA 333 WAJIBKAN PESALAH DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL BAYAR GANTI RUGI