Sorting by

×

DIJEMPUT KE TANAH SUCI SELEPAS TIGA BULAN PELUK ISLAM

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

KESIDANG 11 Februari – Rezeki tidak disangka buat seorang wanita mualaf apabila hanya tiga bulan selepas memeluk Islam dia terpilih menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.

Itu antara kisah istimewa yang dikongsikan Siti Aisyah Abdullah, 52, pada awal penghijrahannya memeluk Islam lebih 10 tahun lalu.

Menurut wanita itu, rezeki tersebut menjadi titik permulaan penghijrahan hidupnya yang lebih tenang dan bermakna walaupun ketika itu dia hanya mampu membaca surah Al-Fatihah.

“Alhamdulillah kini saya bergelar Muslim lebih sedekad, waktu itu saya baru berusia sekitar 30-an dan saya hanya pandai baca Al-Fatihah, untuk tawaf Kaabah pun hanya baca Al-Fatihah kerana itu sahaja yang saya tahu.

“Tetapi Alhamdulillah, Allah SWT jemput juga saya ke Mekah atas rezeki dikongsi rakan saya pada ketika itu yang sudi menaja saya untuk ke Tanah Suci,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Agihan Bantuan Persediaan Ramadan dan Syawal Mualaf Negeri Melaka Tahun 2026 di Kompleks Darul Huda, Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), di sini, pada Ahad.

Whatsapp image 2026 02 09 at 14.28.20
SITI AISYAH

Siti Aisyah yang berasal dari Kemboja dan kini menetap di Malim berkata, sejak memeluk Islam, kehidupannya berubah sepenuhnya apabila hatinya menjadi lebih tenang, bahagia dan sentiasa bersyukur.

“Biarpun saya pernah hidup susah dahulu, namun Islam mengajar saya supaya lebih bersabar dan terus bersemangat menempuh dugaan hidup.

“Dahulu saya hanya dengar orang cakap tentang Islam, tetapi bila sudah masuk Islam sendiri, barulah saya tahu dan faham apa yang Islam ajarkan,” katanya.

Katanya, minat untuk mendalami ilmu agama semakin meningkat apabila MAIM menyediakan kelas agama yang dihadirinya pada setiap hari.

“Alhamdulillah, anak perempuan saya juga sudah masuk Islam dan kini sudah berkahwin,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

556
Kongsi :
Previous post LALUAN PEJALAN KAKI, KANTIN BAHARU UNTUK WARGA SK SIMPANG EMPAT