
DISKAUN TIKET MELAKA RIVER CRUISE HANYA DI KARNIVAL WTD 2025
KLEBANG 27 September – Produk pelancongan ikonik, Melaka River Cruise menawarkan diskaun harga tiket kepada orang ramai khas sempena Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025.
Menurut jurucakap Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), tawaran itu hanya sah menerusi pembelian tiket di reruai yang dibuka di Encore Klebang sempena Karnival WTD 2025.
“Di sini, orang ramai boleh mendapatkan potongan harga tiket Melaka River Cruise daripada berharga RM35 kepada hanya RM25.50.
“Tawaran ini hanya khas di reruai Melaka River Cruise di Encore Melaka sepanjang karnival berlangsung,” katanya.
Bersempena WTD 2025, PPSPM turut mengambil kesempatan mempromosikan pelbagai produk yang ada di bawah mereka, termasuklah pakej Cruise MADANI yang menawarkan hadiah cabutan bertuah utama berupa sebuah kereta, dua buah motosikal dan lain-lain lagi bagi setiap pembelian tiket RM50 dan keatas.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KEBIMBANGAN PENDUDUK KINI BERAKHIR
PAYA RUMPUT 21 Februari - Isu jalan sempit yang sekian lama menjadi rungutan penduduk di Kampung Pantai Cheng, di sini,...
KAMPUNG MORTEN, PERMATA WARISAN YANG MASIH BERNYAWA
KAMPUNG Morten, nama yang tidak lagi asing bagi pecinta sejarah. Di sebalik kesibukan kota Bandaraya Melaka, kampung ini teguh berdiri...
MAIM SEDIA PENGINAPAN UNTUK ANAK MELAKA DI MESIR, SEWA HANYA RM20 SEBULAN
AYER KEROH 21 Februari - Dalam menjaga kebajikan anak-anak Melaka yang menuntut ilmu di Mesir, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)...
50 KAWAH DODOL GAMATKAN BANDA HILIR PADA 14 MAC
TELOK MAS 21 Februari – Sebanyak 50 kawah dodol bakal dimasak serentak dalam Program Kacau Dodol Mega sempena Majlis Berbuka...
BALAI RAYA TANJUNG MINYAK UTAMA LAMBANG JANJI DITUNAIKAN YB RAIS
PAYA RUMPUT 21 Februari - Penduduk Taman Tanjung Minyak Utama kini boleh melakukan pelbagai aktiviti bersama komuniti selepas balai raya...
MELAKA RAI WIRA NEGARA SEMPENA 20 FEBRUARI
TELOK MAS 20 Februari – Kerajaan Negeri menghargai 100 jasa pesara tentera dan polis bersempena Hari Memperingati Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan...
