
DOKUMEN PALSU TULAR, JABATAN PERTANIAN MELAKA LAPOR POLIS
AYER KEROH 14 Januari – Jabatan Pertanian Negeri Melaka membuat laporan polis berhubung penyebaran ‘Local Order’ (LO) palsu mengenai pembelian peralatan di media sosial hingga menimbulkan tanggapan negatif orang ramai.
Menerusi satu kenyataan dikeluarkan, Jabatan Pertanian Negeri Melaka memandang serius kejadian itu kerana ia bukan sahaja tidak benar malah melibatkan perbuatan memalsukan LO.
“Ada pihak tidak bertanggungjawab memalsukan LO, menyalahgunakan nama, jawatan dan tandatangan Pengarah Pertanian Negeri Melaka. Kami menafikan sekeras-kerasnya sebarang penglibatan dengan individu atau dokumen palsu tersebut.
“Sebarang urusan rasmi perolehan hanya dilaksanakan melalui saluran dan prosedur yang sah sahaja,” katanya kenyataan itu.
Susulan kejadian, orang awam atau pihak pembekal dinasihatkan supaya berhati-hati dengan sebarang dokumen atau urusan yang meragukan.
“Selain diingatkan juga untuk membuat pengesahan terus dengan jabatan pertanian sekiranya terdapat sebarang keraguan,” jelasnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPAG KONGSI REZEKI RAMADAN
REMBIA 4 Mac – Keprihatinan terhadap masyarakat setempat terus dizahirkan apabila sebanyak 1,200 bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai di...
MELAKA PERUNTUK RM78.67 JUTA UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT
KLEBANG 4 Mac - Peruntukan kebajikan rakyat Melaka terus meningkat saban tahun, sekali gus mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri menghulur tangan...
LEBIH 3,000 MERIAHKAN TAHUN BAHARU CINA BERKONSEP MELAKA SAYANG RAKYAT
KLEBANG 4 Mac - Lebih 3,000 masyarakat berbilang kaum memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 Peringkat Negeri Melaka...
PERPADUAN ASAS ‘KELUARGA BESAR MELAKA’
KLEBANG 4 Mac - Melaka terus menjadi contoh terbaik sebagai negeri yang memiliki perpaduan dan keharmonian yang utuh apabila sesebuah...
MAIM SALUR RM450,000 BANTU USAHAWAN ASNAF BERSINAR
SERKAM 3 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited dalam membantu usahawan asnaf menerusi Dana Bantuan Perniagaan berjumlah...
MPHTJ BAWA KELAINAN RAMADAN, EDAR 2,000 BUBUR KACANG, PULUT HITAM
AYER KEROH 3 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengagihkan sebanyak 2,000 bekas bubur kacang dan bubur pulut...
