Sorting by

×

DR. AKMAL LETAK JAWATAN EXCO MELAKA

Masa Membaca:48 Saat

AYER KEROH 15 Januari – Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, hari ini, mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka.

Perkara itu diumum ketika beliau menyampaikan Ucapan Dasar Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Menurut beliau, peletakan jawatan itu berkuat kuasa pada minggu hadapan.

“Untuk menunjukkan bahawa saya membawa akar umbi yang keresahan, dengan ini saya meletak jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka berkuatkuasa pada minggu hadapan,” katanya yang merupakan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan negeri.

Bagaimanapun Dr. Muhamad Akmal menegaskan beliau tidak akan meninggalkan jawatan dalam Pemuda UMNO.

“Bagi saya jawatan dalam kerajaan tidak penting, apa yang lebih penting adalah maruah, prinsip dan suara akar umbi.

“Saya nak umum sekali lagi bahawa ini bukan sebab jawatan dan wang ringgit. Kalau sebab jawatan atau wang, saya tidak akan lepaskan jawatan ini, tetapi ia atas dasar prinsip dan tanggungjawab,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

597
Kongsi :
Previous post PASAR TANI DURIAN DAUN BAWA KONSEP ‘PROMOSI KHAS’ SETIAP MINGGU
Next post LPM BERI SOKONGAN SOSIAL UNTUK PENDIDIKAN ANAK MELAKA