Sorting by

×

DR. AKMAL MASIH MENJALANKAN TUGAS EXCO – KM

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

SERI NEGERI 4 Februari – Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh masih menjalankan tugas sebagai Exco Kerajaan Negeri sehingga keputusan peletakan jawatan beliau dimuktamadkan sama ada diterima atau tidak.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, peletakan jawatan itu di bawah pertimbangan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan sehingga kini perkara itu belum lagi dibincangkan.

“Sama ada diterima atau ditolak (peletakan jawatan Dr. Muhamad Akmal) masih belum ada keputusan muktamad.

“Sehingga hari ini, beliau masih menjalankan tugas sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri,” kata Ketua Menteri kepada pemberita selepas Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bertemu Rakyat (HEBAT) Siri 1/2026 di Kompleks Seri Negeri, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi.

Terdahulu, pada HEBAT Siri 1/2026, hari ini, Dr. Muhamad Akmal dan Timbalannya Low Chee Leong antara yang hadir mendengar aduan, permohonan dan permasalahan rakyat di bawah portfolio Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Sebelum ini, Dr. Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Perkara itu diumumkan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, 15 Januari lalu

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

295
Kongsi :
Previous post KAGUM WIBAWA ‘YB HELMY’, LEE KIM CHOO MAHU PINDAH KE DUYONG
Next post PUSAT DATA AI PERTAMA DIBANGUNKAN DI MELAKA DENGAN NILAI PELABURAN LEBIH RM9 BILION