
DUA MAUT, DUA PARAH DIPERCAYAI BERLUMBA MOTOSIKAL DI SKVE
Ketua Polis Klang Selatan ACP Ramli Kasa berkata kejadian pada 11 malam itu melibatkan empat lelaki berusia antara 15 hingga 25 tahun menunggang motosikal dengan laju, dipercayai sedang berlumba dari arah Laguna Park, Pulau Indah.
“Dua daripada motosikal itu bergesel sesama sendiri dan terjatuh di jalan raya sebelum dirempuh dua lagi motosikal dari belakang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Ramli berkata penunggang motosikal berusia 15 dan 25 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi berumur 24 dan 15 tahun dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Mohd Khairul Nizam Abdul Talib menerusi talian 03-33722222.
Dalam pada itu, Ramli menasihatkan ibu bapa dan penjaga untuk memantau pergerakan anak-anak dan tidak membenarkan mereka menunggang motosikal jika tidak mempunyai lesen atau terlibat dalam aktiviti samseng jalanan yang membahayakan nyawa. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JKDM MELAKA TUMPASKAN KEGIATAN SELUDUP E-SISA, ROKOK BERNILAI RM1.84 JUTA
MELAKA 26 Februari - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka menumpaskan kegiatan penyeludupan sisa elektrik dan elektronik (e-sisa) serta rokok...
POLIS KENAL PASTI IDENTITI LIMA MANGSA KEBAKARAN DI RAUB
RAUB 26 Februari - Polis telah mengenal pasti identiti lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah...
KEBERSIHAN PASAR RAMADAN MPHTJ PADA TAHAP BAIK, MEMUASKAN
BUKIT KATIL 26 Februari- Tahap kebersihan pasar Ramadan dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) yang memasuki operasi...
MARTABAK SINGAPURA PILIHAN PENGUNJUNG PASAR RAMADAN KAMPUNG TUN RAZAK
BUKIT KATIL 26 Februari - Hampir satu dekad Martabak Singapura Dak Yus kekal menjadi antara juadah pilihan pengunjung khususnya umat...
113 SIRI PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI SEPANJANG RAMADAN DAN SYAWAL
AYER KEROH 26 Februari - Sebanyak 113 siri Program Jualan Rahmah MADANI akan dianjurkan sepanjang Ramadan dan Syawal 2026 bagi...
LANTIKAN IMAM LUAR NEGARA PERLU IKUT PROSEDUR – EXCO
AYER KEROH 26 Februari - Tiada garis panduan khusus ditetapkan berhubung penggunaan khidmat imam sama ada dari dalam atau luar...
