
Dua maut, enam cedera kemalangan dekat Sungai Buloh
KUALA LUMPUR, 22 Nov – Dua maut manakala enam cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM452 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), dekat Sungai Buloh awal pagi ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata mangsa yang maut merupakan kanak-kanak perempuan dan lelaki dewasa.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.29 pagi tadi dan tiba di lokasi kejadian 26 minit kemudian.
“Laporan awal, kemalangan melibatkan kereta Proton Wira berlanggar dengan Toyota Vios.
“Terdapat lapan mangsa terlibat. Dua disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan, dua wanita cedera parah dan empat individu lagi cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Norazam berkata kesemua mangsa berjaya dikeluarkan orang awam dari kenderaan terlibat sebelum pihak bomba tiba di lokasi.
Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FESTIVAL D’BENDANG 2025 KEMBALI: HIMPUN 187 USAHAWAN DESA, 42 ACARA SUKAN
AYER KEROH 14 Disember - Lebih 180 usahawan akan berkampung di Kem Benteng Negara, Sungai Rambai, sempena Mini KUD @Festival...
VENA VARIKOS: BUKAN SIMPUL BIASA
Oleh: Dr. Kamalbarathi N.Barathilingam Pakar Bedah Am Oriental Melaka Straits Medical Centre VENA varikos atau lebih dikenali sebagai urat kaki...
REZEKI ANAK, ORANG DUYONG MENANG PROTON S70
AYER KEROH 14 Disember - Sepasang suami isteri tidak menyangka kehadiran mereka ke program RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0...
WRUR DUN BUKIT KATIL PERHALUSI, CARI PENYELESAIAN SETIAP ADUAN RAKYAT
BUKIT KATIL 14 Disember - Sebahagian aduan dan pemasalahan rakyat yang diterima daripada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil...
KONVENSYEN KHAS PENDIDIKAN MELAKA PERKUKUH PERANAN PIBG
AYER KEROH 14 Disember - Konvensyen Khas Pendidikan Negeri Melaka mendapat perhatian Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang melihat...
HIMPUNAN RXZ: JANGAN HANYA LIHAT SUDUT NEGATIF
AYER KEROH 14 Disember - Tindakan sebuah parti politik mengeluarkan kenyataan negatif berhubung penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0...
