
DUA MAUT KERETA DIREMPUH PACUAN EMPAT RODA HILANG KAWALAN LANGGAR KERBAU
Ketua Polis Daerah Tangkak Superintenden Roslan Mohd Talib berkata kejadian pada 8.15 malam berlaku selepas Mitsubishi Triton yang hilang kawalan itu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar kereta Honda City dinaiki empat sekeluarga.
“Kemalangan menyebabkan penumpang hadapan kereta, iaitu wanita warga emas 74 tahun maut di tempat kejadian manakala pemandu 42 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tangkak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata dua lagi penumpang kereta dan pemandu pacuan empat roda itu turut cedera dan dibawa ke hospital sama untuk rawatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SILK ROAD PASSION: TERJEMAH PELAYARAN CHENG HO MENERUSI PERSPEKTIF SENI
BANDA HILIR 9 April - Pameran seni lukis cat air Silk Road Passion: Malaysia-China Art Exhibition berlangsung di Balai Seni...
MHI, DBP WILAYAH SELATAN PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MARTABAT BAHASA
AYER KEROH 9 April - Melaka Hari Ini (MHI) Sdn Bhd bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP Wilayah Selatan terus...
MAIM SEDIA 6 PROGRAM KEMAHIRAN BANTU PERKASA ASNAF
PENGKALAN BATU 9 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memainkan peranan dalam membantu memperkasa golongan asnaf dengan menyediakan...
MELAKA NAIKKAN PERUNTUKAN ‘MELAKA RUMAHKU’ KEPADA RM5 JUTA
ASAHAN 9 April - Peningkatan jumlah peruntukan Program Melaka Rumahku (PMR) kepada RM5 juta bagi 2026 membuktikan Kerajaan Negeri amat...
KRISIS ASIA BARAT: TEMPAHAN TUNAI UMRAH MENURUN 20 PERATUS
BUKIT KATIL 9 April - Lebih 20 peratus penurunan tempahan menunaikan ibadah umrah direkodkan agensi-agensi pelancongan yang berdaftar di bawah...
MELAKA ADA ASAS TIDAK LAKSANA ‘BDR’
SERI NEGERI 9 April - Keputusan Kerajaan Negeri tidak melaksanakan dasar bekerja dari rumah (BDR) mempunyai asasnya, kata Setiausaha Kerajaan...
