Sorting by

×

DUA REKOD BAHARU BAKAL DIPECAHKAN DI SUNGAI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

DUYONG 14 Oktober – Dua lagi rekod baharu bakal dipecahkan di bumi Melaka pada penganjuran Festival Seni Selat Melaka x Festival Sungai Melaka yang berlangsung 24 hingga 26 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris berkata, antara rekod yang bakal dipecahkan adalah penyediaan onde-onde terbanyak, di mana disasarkan sebanyak 50,000 kuih tradisional itu akan dihasilkan.

Selain itu, beliau berkata, festival tersebut turut bakal menghimpunkan peserta teramai memakai busana etnik di sepanjang Sungai Melaka, di mana ia juga berpotensi memecahkan rekod negara.

“Jadi sepanjang festival ini ada dua kategori untuk dipecahkan rekod pada Malaysia Book Of Records iaitu penghasilan kuin onde-onde terbanyak dan pemakaian busana etnik dengan penyertaan teramai.

“Jadi kita menjemput semua rakyat Melaka untuk bersama-sama memeriahkan festival ini yang diadakan selama tiga hari dari 24 hingga 26 Oktober ini di Dataran Pengkalan Rama,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas Perhimpunan Bulanan Oktober 2025 di Pejabat PPSPM, di sini, hari ini.

563995971 833558422583112 4198301685104958735 n

Festival Seni Selat Melaka x Festival Sungai Melaka merupakan anjuran bersama Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Negeri Melaka dan PPSPM dengan menampilkan pelbagai pengisian menarik untuk segenap lapisan masyarakat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

621
Kongsi :
Previous post WRUR: TINDAKAN SEGERA, RAKYAT LEBIH FAHAM DASAR KERAJAAN
Next post WRUR: SUKARELAWAN KLEBANG, BUKTI MASIH ADA YANG SAYANG