
Dua suspek tikam kontraktor direman seminggu
SHAH ALAM, 11 Dis – Dua suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang kontraktor di Kampung Idaman, Pandamaran, Klang, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata permohonan reman hingga 17 Dis terhadap kedua-dua suspek berusia 33 tahun itu dibuat di Mahkamah Majistret Klang pagi ini.
“ Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, media melaporkan polis menahan dua lelaki dalam tempoh kurang empat jam kerana disyaki membunuh seorang kontraktor di Kampung Idaman, Klang dekat sini.
Cha berkata kedua-dua suspek ditahan di sekitar Klang dan Shah Alam.
Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, seorang lelaki berusia 69 tahun ditikam di hadapan rumahnya ketika hendak menunaikan solat Jumaat dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RXZ RIDE EDITION 3.0: ‘HOMESTAY’ DI MELAKA MERIAH
AYER KEROH 15 Disember - Penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 baru-baru ini dilihat membawa limpahan rezeki kepada pengusaha...
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
