
DUN Ayer Molek sasar lebih 2,000 keluarga terima kit makanan
AYER MOLEK 4 Feb. – Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek menyasarkan lebih 2,000 keluarga terjejas akibat pandemik COVID-19 diberikan sumbangan kit makanan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 berlangsung di negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini hampir 1,000 keluarga sudah menerima sumbangan terbabit sekali gus membantu meringankan bebanan mereka.
“Kita salurkan bantuan ini kepada keluarga yang diarahkan menjalani kuarantin di rumah secara berperingkat.
“Pada masa sama, saya mengambil kesempatan bagi menyampaikan amanat dan nasihat bagi memastikan keluarga yang terbabit mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan untuk kita sama-sama memutuskan rantaian wabak COVID-19 ini,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
UMAT ISLAM DI MALAYSIA SAMBUT AIDILFITRI PADA SABTU
KUALA LUMPUR 19 Mac - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac, demikian diumumkan Penyimpan Mohor...
POLIS MELAKA SIAP SIAGA SEPANJANG AIDILFITRI
KLEBANG 19 Mac - Seramai 166 anggota trafik digerakkan di seluruh negeri ini sebagai kesiapsiagaan Polis Melaka bagi menghadapi peningkatan...
TYT, KM HADIRI MAJLIS CERAPAN RASMIHILAL SYAWAL
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, hadir ke Majlis Cerapan...
CHARITY OUTLET MELAKA MALL ‘DISERBU’
AYER KEROH 19 Mac - Usaha Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mewujudkan pusat pengumpulan pakaian terpakai ‘Charity Outlet Melaka...
KES ROGOL BAWAH UMUR ANTARA PENYUMBANG JENAYAH KEKERASAN DI MELAKA
KLEBANG 19 Mac - Peningkatan kes rogol melibatkan mangsa bawah umur dikenal pasti antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan jenayah...
AYAM RM5 BUKTI ‘MELAKA SAYANG RAKYAT’ DIRASAI WARGA TABOH NANING
TABOH NANING 19 Mac –Jualan ayam serendah RM5 seekor di Dewan Terbuka Taman Sri Naning di sini, mendapat sambutan menggalakkan...
