Sorting by

×

DUN MACHAP JAYA KONGSI RAYA, KONGSI SELERA

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

MACHAP JAYA 8 April – Menu klasik iaitu ketupat, lemang dan rendang menjadi pemikat selera buat tetamu pelbagai kaum untuk bersama-sama hadir memeriahkan penganjuran rumah terbuka Aidilfitri.

WhatsApp Image 2026 04 07 at 11.08.34 AM (1)
THIAM HOK.

Tey Thiam Hok, 62, dari Kampung Baru On Lok, Asahan berkata,  perkara itu secara tidak langsung membuktikan bahawa perpaduan di negeri ini kian subur apabila semua kaum berkongsi selera yang sama.

“Apabila dapat jamah makanan semua orang pasti gembira dan kita di Melaka ini juga berkongsi kemeriahan atau kongsi raya semua kaum yang ada tidak kira Melayu, Cina, India atau perayaan yang lain,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada Jamuan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya di Dewan Terbuka Felda Hutan Percha, di sini, pada Ahad.

WhatsApp Image 2026 04 07 at 11.08.34 AM
SIVAM bersama isteri dan cucunya.

Sementara itu T Sivam, 64, hadir ke Majlis itu bersama isteri K Kalarar, 61, dan beberapa Ahli keluarga yang lain berharap semangat kongsi raya yang menjadi amalan sejak sekian lama akan diteruskan oleh generasi pewaris Melaka pada masa akan datang.

“Gembira apabila dapat lihat tetamu tanpa mengira latar belakang atau kaum duduk makan semeja dalam suasana yang amat harmoni, semua orang menikmati juadah disediakan. Lebih membanggakan kerana di DUN Machap Jaya ini kita juga ada masyarakat Orang Asli,” katanya.

WhatsApp Image 2026 04 07 at 11.08.35 AM
SUHANA.

Manakala Suhana Hanum Mohd Salleh, 25, berkata suasana harmoni antara pelbagai kaum pada Jamuan berkenaan perlu menjadi contoh dan ikutan orang muda.

“Sebagai orang muda saya amat selesa melihat suasana ini, kepada kepimpinan negeri diharapkan supaya dapat teruskan program ini yang amat bermanfaat.

“Kita mengalu-alukan semua kaum untuk bersama-sama hadir memeriahkan Aidilfitri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

364
Kongsi :
Previous post WRUR ASAHAN: MELAKA PERUNTUK RM450,000 PERLUAS CAPAIAN INTERNET KAMPUNG ORANG ASLI
Next post LOJI RAWATAN AIR JUS FASA 2 LEGAKAN PENDUDUK ASAHAN