
DUTI EKSAIS ROKOK NAIK 2 SEN, ALKOHOL 10 PERATUS MULAI 1 NOV 2025 – PM ANWAR
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ia merangkumi kenaikan dua sen sebatang bagi rokok, RM40 per kilogram (kg) bagi cerut, cheroots dan cigarillos, serta kenaikan RM20 per kilogram bagi produk ‘heated tobacco’.
Perdana Menteri berkata pada masa sama, kerajaan turut melanjutkan tempoh pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas produk terapi gantian nikotin serta diperluas kepada produk nicotine mist dan nicotine lozenges sehingga 31 Disember 2027.
“Bagi mengurangkan akses kepada minuman beralkohol dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat, kerajaan bersetuju supaya kadar duti eksais bagi produk minuman keras dinaikkan sebanyak 10 peratus mulai 1 November 2025.
“Hasil tambahan daripada rokok dan minuman keras akan diagihkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) antaranya untuk Inisiatif Kesihatan Paru-Paru KKM serta bagi rawatan diabetes dan penyakit jantung,” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MBMB MAHU 2026 JADI TAHUN LEBIH CEMERLANG
AYER KEROH 14 Januari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) komited menjadikan 2026 sebagai tahun untuk melakar lebih banyak kejayaan...
BAU BUSUK BONGKAR PENEMUAN MAYAT DALAM KERETA DI MITC
AYER KEROH 13 Januari – Bau busuk yang disangka berpunca daripada bangkai haiwan membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di...
MAIM, YAPEIM TEROKA KERJASAMA DALAM PELABURAN EMAS
PENGKALAN BATU 13 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) bakal menjalin kerjasama...
JAIM SERBU HOTEL ‘MESRA GAY’, PREMIS DITUTUP UNTUK SIASATAN
KESIDANG 13 Januari - Sebuah hotel yang mengiklankan fasilitinya sebagai 'gay friendly', di sini, didapati telah dikosongkan selepas hantaran mengenainya...
MAYAT LELAKI DITEMUKAN MEREPUT DALAM KERETA DI PARKIR MITC
AYER KEROH 13 Januari – Mayat lelaki ditemui dalam keadaan mereput di dalam sebuah kereta yang diparkir di kawasan tempat...
LELAKI MAUT, RAKAN CEDERA ALAT KIMPALAN MELETUP
KLEBANG 13 Januari - Seorang lelaki maut manakala rakan sekerjanya melecur dalam insiden letupan yang mengakibatkan kebakaran di sebuah kilang...
