Sorting by

×

EMPAT ANAK MELAKA JULANG ENAM EMAS MUAY THAI DUNIA

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 1 Oktober – Empat anak jati Melaka mengharumkan nama negara apabila membawa pulang enam pingat emas pada Kejohanan Dunia Belia Persekutuan Antarabangsa Persatuan Muaythai (IFMA) 2025 berlangsung di Space 42 Arena, Al Raha Beach, Abu Dhabi, pada 10 hingga 22 September lalu.

Ketua Jurulatih Muay Thai Negeri Melaka, Emrita Alias berkata kejohanan IFMA itu menghimpunkan lebih 2,000 atlet mewakili lebih 100 negara, sekali gus menjadikannya antara kejohanan belia Muay Thai terbesar dunia.

“Empat altet yang berjaya meraih emas adalah Wan Muhammad Iffat Hamdani Wan Mohd Fauzi, 13, membawa pulang dua pingat bagi kategori Combat dan Talay; Nik Haikal Nik Azman,12, turut membawa pulang dua pingat bagi kategori sama dengan berat berbeza.

“Manakala dua lagi atlet yang meraih pingat menerusi kategori Muay Talay adalah, Iswan Danish Iswandy, 16, dan Emrisya Emrita, 15.

“Kejayaan ini, sekali gus mengangkat nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila atlet-atlet muda menampilkan aksi cemerlang menewaskan lawan masing-masing dalam kategori yang disertai,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp image 2025 10 01 at 2.30.43 pm
EMRISYA dan Iswan Danish masing-masing berjaya merangkul emas bagi kategori Muay Talay di IFMA, Abu Dhabi

Mengulas lanjut, Emrita yang mengiringi atlet ke Abu Dhabi berkata kejayaan atlet muda Melaka adalah bukti kesungguhan dan komitmen tinggi mereka dalam sukan Muay Thai, selain sokongan padu daripada keluarga dan komuniti setempat.

“Kemenangan ini bukan sahaja mengharumkan nama Melaka malah turut menjadi inpirasi kepada atlet belia lain untuk terus menyerlah di pentas dunia,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

544
Kongsi :
Previous post PASUKAN M-ZAT MPHTJ TINGKATKAN KESEDARAN KEPENTINGAN MENJELASKAN TUNGGAKAN CUKAI
Next post BAZAR DAN PESTA DEEPAVALI 2025 BERMULA 15 OKTOBER INI