
FUNWALK @ MPJ AJAK WARGA JASIN KEKAL SIHAT
JASIN 9 Januari – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengajak warga Jasin dan kawasan sekitar memeriahkan Funwalk @ MPJ yang menjadi antara pengisian Program Komuniti MADANI sempena Sambutan Ulang Tahun Perbandaran Jasin Ke-19 pada 24 Januari ini.
Yang Dipertua MPJ Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, program itu dianjurkan bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat.
“Aktiviti ini bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan, malah menjadi platform mengukuhkan semangat kebersamaan dalam komuniti MADANI.
“Funwalk ini akan bermula seawal jam 8 pagi di Dataran Vista Alamanda MPJ dengan jarak larian sejauh tiga kilometer.
“Untuk penyertaan, peserta perlu membayar yuran RM25 bagi mendapatkan baju rasmi, kit ‘funwalk’ serta peluang menyertai cabutan bertuah yang terhad kepada 300 peserta terawal,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Muhammad Zahiruddin, pengambilan kit akan diadakan pada 23 Januari (Jumaat) dari jam 3.30 petang hingga 7 petang, manakala tarikh tutup pendaftaran ialah pada 14 Januari (Rabu).
“Program ini dijangka menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dan menjadi antara acara komuniti terbesar anjuran MPJ bagi tahun 2026.
“Orang ramai boleh membuat pendaftaran dengan mengimbas kod QR pada poster rasmi atau melalui pautan https://forms.gle/ipxArfCZKkh6stZq9.
“Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Iskandar di talian 017-390 9769 atau Hairudin di 017-610 7002,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


