Sorting by

×

GAGASAN ‘MESRA’ BAWA SINAR KECERIAAN BUAT PENJAWAT AWAM MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

SERI NEGERI 16 Mac – Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) terus dizahirkan pada Ramadan dan Syawal tahun ini menerusi penyampaian sumbangan kebajikan dan pembangunan institusi.

Kali ini giliran penjawat awam negeri merasai kemanisan gagasan MeSRa apabila disantuni Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Keberkatan Ramadan Sempena Majlis Perjumpaan dan Ramah Mesra Ketua Menteri Melaka Bersama Warga Kerja Kompleks Seri Negeri, di sini, hari ini.

Turut bersama pada majlis itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; barisan Exco Kerajaan Negeri; Pegawai Kewangan Negeri Melaka Datuk Wira Salhah Salleh; Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka Datuk Khairul Azreem Mamat serta ketua-ketua jabatan dan agensi.

Pada majlis itu, Ab Rauf telah menyampaikan sumbangan kepada 1,070 penjawat awam di Seri Negeri sebagai tanda cakna kepada kebajikan kakitangan awam.

Sumbangan berupa duit raya dan kit raya itu turut disampaikan kepada petugas kebersihan dan pengawal keselamatan di Kompleks Seri Negeri.

Img 20260316 134150 348
SETIAUSAHA Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad turut bersama memasak lemang bersama penjawat awam pada Majlis Keberkatan Ramadan Sempena Majlis Perjumpaan dan Ramah Mesra YAB Ketua Menteri Melaka Bersama Warga Kerja Kompleks Seri Negeri di Perkarangan Kompleks Seri Negeri. Foto Iqmal Haqim Rosman

Selain itu, suasana majlis itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti antaranya gotong-royong memasak lapan periuk bubur lambuk, selain pelbagai makanan tradisi seperti kuih ros, kuih gunting dan sambal jawa.

Kesemua makanan itu kemudiannya dibungkus dan diagihkan kepada semua warga kerja di Kompleks Seri Negeri.

Terdahulu, telah diadakan majlis khatam al-Quran melibatkan warga Jabatan Ketua Menteri Melaka yang merupakan program tradisi setiap kali Ramadan.

Istimewanya, sebanyak 2,000 bunga telur turut disediakan bagi majlis khatam al-Quran itu yang turut diagih kepada seluruh warga Seri Negeri.

Turut diadakan pada majlis itu ialah Jualan Rahmah Madani yang menjual pelbagai barangan keperluan asas menjelang Aidilfitri pada harga 30 peratus lebih murah daripada pasaran.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

329
Kongsi :
Previous post PENDUDUK AYER LIMAU PUJI GAGASAN MeSRa, HARGAI BANTUAN HARI RAYA
Next post 3,600 BERAS MELAKA DIPASARKAN UNTUK SUKU PERTAMA 2026