Sorting by

×

GAGASAN MESRA BUKTI KERAJAAN MELAKA SENTIASA DI SISI RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

PENGKALAN BATU 6 Mac – Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) menjadi bukti bahawa Kerajaan Melaka sentiasa di sisi rakyat, berkongsi rezeki dan menyemai kebersamaan tanpa mengira apa jua latar belakang.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, dalam usaha membina Melaka yang maju, progresif dan berdaya saing, tanggungjawab kerajaan adalah untuk mendekati, memahami, dan menyantuni rakyat, di mana ia menjadi tunjang pentadbiran di Negeri Melaka.

Lantaran itu, ujar beliau, gagasan MeSRa telah memastikan setiap dasar, perancangan, dan peruntukan dirangka dengan satu tujuan jelas iaitu untuk menjamin kesejahteraan rakyat Melaka bagi menikmati pembangunan secara adil dan menyeluruh.

“Ini dapat dilihat apabila pada setiap tahun Kerajaan Negeri terus meningkatkan peruntukan untuk kebajikan rakyat demi memastikan mereka yang memerlukan sentiasa terbela dan tidak terpinggir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan dan Iftar Jamaie Mega Kerajaan Negeri Melaka Bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Dataran Pusat Islam, Masjid Al-Azim, Bukit Palah, di sini, hari ini.

Hadir sama, barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan serta lain-lain kenamaan.

Pada majlis itu, Ketua Menteri telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM49,000 kepada 500 pengusaha gig industri dan 90 orang anak yatim di Negeri Melaka.

Selain itu, beliau mewakili Kerajaan Negeri turut menyampaikan Sumbangan Mesra Pendidikan Tahfiz bernilai RM294,000 bagi 98 buah tahfiz berdaftar.

/END

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

284
Kongsi :
Previous post KABINET LULUS KERTAS DASAR TUBUH SURUHANJAYA EKONOMI GIG MALAYSIA
Next post MELAKA PERUNTUK RM13.7 JUTA BELA KEBAJIKAN RAKYAT SEMPENA RAMADAN, SYAWAL