Sorting by

×

GAGASAN MESRA KETUA MENTERI BERJAYA SATUKAN RAKYAT MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

TANJUNG BIDARA 12 April – Hasrat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu menyatukan masyarakat berbilang kaum di bawah payung Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) disifatkan berjaya.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid berkata, perkara itu dapat dilihat menerusi penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat yang mendapat sambutan luar biasa di seluruh pelusuk negeri.

Katanya, ia juga secara tidak langsung mencerminkan bahawa rakyat sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri.

“Rumah Terbuka Aidilfitri ini merupakan hasrat Ketua Menteri untuk melibatkan semua kaum dalam Negeri Melaka di bawah gagasan Melaka Sayang Rakyat dan ia berjaya diterjemahkan dengan baik sehingga sambutan yang diterima amat luar biasa.

“Ini jelas menunjukkan bahawa apa yang paling penting adalah rakyat dan apa sahaja kehendak dan keperluan rakyat menjadi keutamaan Ketua Menteri untuk disantuni sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh Ketua Menteri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara di Villa d’Acqua, Kampung Pulau, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hakim mewakili Ketua Menteri turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat berbilang kaum yang hadir memeriahkan majlis tersebut.

“Alhamdulillah, sejak petang, pengunjung tidak putus-putus hadir untuk bersama meraikan Aidilfitri bersama Ketua Menteri.

“Ia jelas menunjukkan bahawa pentadbiran hari ini diterima rakyat berbilang kaum di negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

385
Kongsi :
Previous post PAYUNG MELAKA SAYANG RAKYAT SEMAKIN DITERIMA RAMAI
Next post WRUR: 8 PROGRAM PERPADUAN WARNAI ALOR GAJAH: KAMPUNG KITA