
GEMPA BUMI LEMAH LANDA RANAU
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi tersebut berlaku di 15 kilometer barat Ranau.
Menurut kenyataan itu gempa bumi lemah pada kedalaman 10 kilometer itu tidak mengakibatkan ancaman tsunami kepada Malaysia namun dipercayai mengakibatkan gegaran di daerah Ranau.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan pihaknya mendapat panggilan mengenai kejadian berkenaan pada 3.17 petang tadi dan sepasukan anggota daripada Balai Bomba Ranau dikerahkan untuk melaksanakan rondaan di sekitar daerah berkenaan.
“Rondaan mendapati keadaan terkawal dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi ditamatkan pukul 4.30 petang tadi,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AIDILADHA AJAR MUALAF ERTI PENGORBANAN, BERKONGSI REZEKI
KESIDANG 4 Jun – Penglibatan dalam Projek Sunduk Korban bukan sekadar memberi peluang kepada seorang mualaf untuk berbakti kepada masyarakat,...
JKM SINGGAH DI LEBIH 1,400 KEDIAMAN SEPANJANG WRUR
BANDA HILIR 3 Jun - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyantuni penghuni dalam kalangan golongan kurang berkemampuan di 1,450 rumah seluruh...
WRUR BANDA HILIR : SENTUHAN MESRA WAKIL RAKYAT BUAT PENDUDUK RASA DIHARGAI
BANDA HILIR 3 Jun - Kunjungan wakil rakyat ke rumah penduduk menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan...
RANCAKKAN AKTIVITI UNTUK ANAK MUDA
MACHAP JAYA 3 Jun - Program-program untuk anak muda akan terus dirancakkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya sebagai...
UNIMEL SEMAKIN DISEGANI, JADI PILIHAN RAMAI
KUALA LINGGI 3 Jun - Kemampuan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) untuk melahirkan graduan berkualiti dan mengikut keperluan pasaran kerja semasa...
WRUR BANDA HILIR: SENTUHAN MESRA MBMB CERIAKAN LIMA KELUARGA
BANDA HILIR 3 Jun - Senyuman terukir pada wajah lima keluarga kurang berkemampuan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir...
