Sorting by

×

‘GEROBOK REZEKI’ MAIM BANTU RAKYAT TERPUTUS BEKALAN MAKANAN

Masa Membaca:53 Saat

AYER KEROH 8 Januari – Mereka yang terputus bekalan makanan di negeri ini kini boleh memanfaatkan ‘Gerobok Rezeki’ di masjid-masjid daerah dalam negeri ini.

Ia selepas inisiatif itu bakal diperkasakan semula Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) pada tahun ini.

Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad berkata, menerusi inisiatif tersebut pelbagai barangan keperluan akan disediakan, di mana ia boleh diambil secara percuma, bukan sahaja untuk asnaf, tetapi juga mereka yang memerlukan.

“Di dalam Gerobok Rezeki ini kita akan meletakkan pelbagai barangan keperluan, antaranya makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung dan sebagainya.

“Inisiatif ini memang telah dibuat di masjid-masjid tertentu di dalam negeri ini, namun di pihak MAIM kita mahu memperkasakannya di kesemua tiga daerah supaya manfaatnya dapat dirasai oleh lebih ramai insan memerlukan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Shaifulfazlee, inisiatif berkenaan akan diselia oleh Pembantu Amil yang dilantik di masjid-masjid daerah di negeri ini.

“Jadi, jika ada yang memerlukan bantuan seperti terputus bekalan makanan dan sebagainya, mereka boleh berhubung dengan pembantu amil yang dilantik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

677
Kongsi :
Previous post PANTAI PUTERI BERWAJAH BAHARU MENJELANG 2027
Next post MAKMAL DAN INSEKTARIUM PERKUKUH SISTEM KESIHATAN AWAM MELAKA