Sorting by

×

GOTONG-ROYONG MPJ BERSAMA KOMUNITI LESTARIKAN DAERAH JASIN

Masa Membaca:54 Saat

JASIN 8 Disember – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mempergiat aktiviti lapangan melalui Program Gotong-Royong Mingguan MPJ Bersama Komuniti dijadualkan mengikut keperluan dan permohonan kawasan.

Yang Dipertua MPJ Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, penetapan lokasi gotong-royong berdasarkan permohonan dikemukakan komuniti melalui ahli majlis kawasan masing-masing sebelum dinilai dan dijadualkan mengikut keutamaan.

Menurutnya, penglibatan masyarakat setempat dalam program itu adalah positif, namun masih boleh dipertingkatkan dengan penyertaan lebih ramai penduduk serta wakil badan bukan kerajaan (NGO).

“MPJ turut menyediakan sokongan logistik seperti peralatan, jentera dan kakitangan bagi membantu operasi di lapangan.

“Sejak program mingguan ini dilaksanakan kita melihat impak ketara terutama dalam penyelesaian aduan kacau ganggu, kebersihan serta lokasi berisiko pembiakan Aedes dan wabak denggi yang dipantau Pejabat Kesihatan Daerah,” katanya.

Beliau berkata, MPJ turut merancang beberapa penambahbaikan bagi tahun 2026 termasuk mewujudkan jadual gotong-royong lebih tersusun serta menambah baik keupayaan logistik dan peralatan bagi memastikan keberkesanan penganjuran.

“Fokus utama program ini adalah kawasan berisiko seperti lokasi potensi pokok tumbang, kawasan wabak denggi serta kawasan yang boleh menjejaskan keselamatan komuniti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

442
Kongsi :
Previous post INVEST MELAKA LANCAR LAMAN SESAWANG BAHARU LEBIH INTERAKTIF