
GUNTING RAMBUT PERCUMA UNTUK ANAK-ANAK TABOH NANING
TABOH NANING 6 Januari – Menjelang sesi persekolahan 2026 yang akan dibuka tidak lama lagi, Japerun Taboh Naning mengambil inisiatif menganjurkan Program Gunting Rambut Percuma.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, program itu akan diadakan pada 10 Januari 2026 (Sabtu) bertempat di Japerun Taboh Naning.
Menurut beliau, ia merupakan antara usaha pihaknya dalam meringankan beban masyarakat, di samping memastikan anak-anak kembali ke sekolah dalam keadaan kemas dan bersedia.
“Program ini menyasarkan 100 murid dan pelajar berumur 15 tahun ke bawah dan merupakan warga DUN Taboh Naning sahaja,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata, warga Taboh Naning yang mahu menyertai program itu bolehlah menghubungi Japerun Taboh Naning di talian 06-5520821.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JKDM MELAKA TUMPASKAN KEGIATAN SELUDUP E-SISA, ROKOK BERNILAI RM1.84 JUTA
MELAKA 26 Februari - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka menumpaskan kegiatan penyeludupan sisa elektrik dan elektronik (e-sisa) serta rokok...
POLIS KENAL PASTI IDENTITI LIMA MANGSA KEBAKARAN DI RAUB
RAUB 26 Februari - Polis telah mengenal pasti identiti lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah...
KEBERSIHAN PASAR RAMADAN MPHTJ PADA TAHAP BAIK, MEMUASKAN
BUKIT KATIL 26 Februari- Tahap kebersihan pasar Ramadan dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) yang memasuki operasi...
MARTABAK SINGAPURA PILIHAN PENGUNJUNG PASAR RAMADAN KAMPUNG TUN RAZAK
BUKIT KATIL 26 Februari - Hampir satu dekad Martabak Singapura Dak Yus kekal menjadi antara juadah pilihan pengunjung khususnya umat...
113 SIRI PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI SEPANJANG RAMADAN DAN SYAWAL
AYER KEROH 26 Februari - Sebanyak 113 siri Program Jualan Rahmah MADANI akan dianjurkan sepanjang Ramadan dan Syawal 2026 bagi...
LANTIKAN IMAM LUAR NEGARA PERLU IKUT PROSEDUR – EXCO
AYER KEROH 26 Februari - Tiada garis panduan khusus ditetapkan berhubung penggunaan khidmat imam sama ada dari dalam atau luar...
