Sorting by

×

GURU KAFA, TADIKA JAIM MELAKA DAPAT SAGU HATI CUTI BERSALIN RM1,600

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 26 Mei – Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta Tadika Jabatan Agama Islam Melaka yang bersalin akan menerima bayaran sagu hati khas berjumlah RM1,600.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, saguhati berjumlah RM800 sebulan untuk tempoh dua bulan cuti itu diberikan bagi menghargai peranan guru KAFA dan Tadika JAIM dalam mendidik dan memperkasa pendidikan Islam di negeri ini.

Jelas beliau, pemberian insentif itu membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM200,000 daripada Kerajaan Negeri.

“Saya berharap inisiatif ini dapat membantu Guru KAFA dan JAIM,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpuan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan Mei 2025 anjuran Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad, Exco Pelancongan Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, barisan Exco, Timbalan Exco, Ketua jabatan, agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Dalam pada itu, Ab Rauf menaruh harapan yang tinggi kepada seluruh jentera pentadbiran, baik di peringkat Persekutuan mahupun negeri, untuk terus memberikan perkhidmatan cemerlang dan seterusnya membawa Melaka ke tahap yang lebih tinggi serta menjadi contoh dan sumber inspirasi kepada negeri-negeri lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

817
Kongsi :
Previous post PERKHIDMATAN TASKA BERKUALITI DI MELAKA
Next post MELAKA SEDIA TIGA INISIATIF PERKASA KESIHATAN AWAM