Sorting by

×

‘HADIAH’ MASJID BAHARU UNTUK PENDUDUK TAMAN DESA BERTAM

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SUNGAI UDANG 2 April – Penduduk Taman Desa Bertam bakal menerima masjid baharu hasil sumbangan daripada Malakoff Corporation Berhad.

Berita gembira itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Loji Waste To Energy (WtE) Sungai Udang di tapak WtE Sungai Udang, di sini, hari ini.

“Pembangunan masjid di Taman Desa Bertam ini sudah pasti akan memberi manfaat besar
kepada komuniti setempat,” kata Ketua Menteri.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming; Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin, barisan Exco dan Timbalan Exco.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Wira Dr. M Noor Azman Taib; Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara Dato’ Ir. Ts. Gs. Dr. Mohd Azhar Abd Hamid; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakoff Corporation Berhad Syahrunizam Samsudin, Ketua-ketua Jabatan Negeri Melaka serta Persekutuan.

Berikutan ketiadaan masjid sendiri, penduduk Taman Desa Bertam perlu ke Masjid Sultan Muhammad V yang terletak dalam perkarangan Kompleks Penjara Sungai Udang, atau lokasi berhampiran yang lain khususnya untuk menunaikan Solat Jumaat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

342
Kongsi :
Previous post LOJI WTE SUNGAI UDANG BEROPERASI 2029
Next post SISA BUANGAN JADI SUMBER TENAGA BERNILAI