Sorting by

×

HAJAT MILIKI RUMAH IDAMAN JADI NYATA

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

DUYONG 17 Julai – “Meskipun rumah belum dibina, namun saya bersyukur kerana hasrat untuk memiliki kediaman sendiri akhirnya tercapai,” itu kata Muhamad Hafiq Abdul Rahman, 36.

Muhamad Hafiq adalah penerima bantuan pembiayaan bagi membina rumah menerusi Program Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong.

Berkongsi kegembiraan Muhamad Hafiq berkata, dia tidak menyangka permohonan untuk membina rumah diatas tanah milik bapanya diluluskan dalam masa yang agak singkat.

“Rasanya tidak sampai enam bulan dan kira-kira dua minggu lalu saya dimaklumkan bahawa permohonan berjaya serta akan berlangsungnya serahan tapak bagi memulakan kerja kepada kontraktor.

“Saya sendiri tidak sangka menerima rezeki yang amat bermakna, selama ini hanya pendamkan hasrat untuk miliki rumah kerana tidak berkemampuan.

“Apabila rumah ini siap kelak, dapatlah ringankan beban dan perbelanjaan tidak perlu lagi membayar sewa rumah seperti sekarang,” katanya.

Dia yang bekerja sebagai mekanik ditemui selepas Program Serahan Rumah Baiti Jannati TNB Sempena WRUR DUN Duyong yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem di Kampung Bukit Gedong, semalam.

Muhamad Hafiq yang juga orang kurang upaya (OKU) selepas kaki kanannya terpaksa dipotong disebabkan jangkitan kuman berkata, dikurniakan sebuah rumah idaman juga berkat doa kedua ibu bapanya.

“Insya-Allah selepas rumah itu siap kira-kira dua bulan lagi ia akan memberikan kehidupan yang lebih selesa untuk saya dan keluarga.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada YB Helmy, Japerun Duyong dan TNB atas bantuan diberikan, besar maknanya buat saya serta keluarga,” katanya.

Sementara itu, Mohd Noor Helmy berkata, menerusi program Baiti Jannati TNB itu, sebuah rumah tiga bilik yang menelan kos dianggarkan RM90,000 akan dibina dan dijangka akan siap sepenuhnya dalam masa dua bulan

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

470
Kongsi :
Previous post SIDANG DUN MELAKA BERMULA ISNIN DEPAN
Next post MICTH BINA 145 MENARA TELEKOMUNIKASI, LONJAK PEMBANGUNAN DIGITAL NEGERI