
Hampir 480,000 kanak-kanak di Amerika Syarikat dijangkiti Covid-19
WASHINGTON 2 Sept (Bernama) – Hampir 480,000 kes COVID-19 melibatkan kanak-kanak dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) sejak wabak itu mula menular, menurut laporan terkini Akademi Pediatrik dan Persatuan Hospital Kanak-kanak Amerika, lapor agensi berita Xinhua.
Biarpun kanak-kanak hanya mewakili 9.5 peratus daripada semua kes yang dilaporkan di negara berkenaan, sejumlah 476,439 kanak-kanak diuji positif COVID-19, memetik laporan yang diterbitkan pada Isnin itu.
Kadar keseluruhan ialah 631 kes untuk setiap 100,000 kanak-kanak.
Sebanyak 70,330 kes baharu membabitkan kanak-kanak dilaporkan dari 13 hingga 27 Ogos, peningkatan 17 peratus untuk tempoh dua minggu.
Antara 0.6 hingga 4.1 peratus kanak dimasukkan ke hospital dan 0 hingga 0.3 peratus daripada jumlah semua kematian akibat COVID-19.
“Buat masa sekarang nampaknya penyakit yang disebabkan COVID-19 jarang berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
“Bagaimanapun, laporan terperinci mengenai kes COVID-19 perlu terus dibuat untuk membolehkan jangkitan membabitkan kanak-kanak dapat dipantau,” kata laporan itu.
– BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
BAWA SUARA, PERJUANG HAK OKU MELAKA
AYER KEROH 15 Februari - Suara dan hak orang kurang upaya (OKU) di negeri ini bakal diperjuangkan menerusi penubuhan Persatuan...
TRADISI LIMAU MANDARIN KUKUHKAN SILATURAHIM DI MASJID TANAH
LENDU 14 Februari - Sekotak limau mandarin sebagai tanda ingatan mencipta suasana penuh muhibah di Pekan Masjid Tanah. Inisiatif itu...
MELAKA PILIHAN PEMAJU HARTANAH
PAYA RUMPUT 14 Februari - Peningkatan jumlah syarikat pemaju perumahan yang bertapak di Melaka secara tidak langsung membuktikan negeri ini...
SURI RUMAH DI PAYA RUMPUT ‘DILINDUNGI’
PAYA RUMPUT 14 Februari - Suri rumah di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menjadi antara golongan yang mendapat...
MELAKA SASAR KADAR PEMILIKAN RUMAH MENINGKAT 88 PERATUS MENJELANG 2030
PAYA RUMPUT 14 Februari - Kerajaan Negeri sentiasa meletakkan agenda pemilikan rumah rakyat sebagai keutamaan, kata Ketua Menteri Datuk Seri...
RAKYAT PAYA RUMPUT BERSYUKUR MILIKI KERAJAAN PRIHATIN
PAYA RUMPUT 14 Februari - Rata-rata rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput meluahkan rasa syukur kerana memiliki...
