Sorting by

×

HARI RAYA LEBIH MERIAH DI MELAKA WONDERLAND

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH 12 Mac – Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini lebih meriah apabila Melaka Wonderland Theme Park & Resort tampil dengan promosi raya istimewa, iaitu menawarkan harga tiket yang lebih berbaloi untuk seisi keluarga menikmati percutian yang menyeronokkan.

Menerusi promosi tersebut, pengunjung berpeluang menikmati tiket masuk hanya RM32 seorang, di mana tempahan awal bagi promosi itu berlangsung 9 hingga 15 Mac.

Menariknya, bagi pengunjung yang membuat tempahan awal, tiket yang dibeli masih sah digunakan sehingga 31 Disember 2026, sekali gus memberikan fleksibiliti kepada pengunjung untuk merancang kunjungan pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Wonderland Theme Park & Resort, Seow Cheng Swee berkata, promosi tersebut diperkenalkan bagi memberi peluang kepada lebih ramai keluarga menikmati masa berkualiti bersama insan tersayang sempena musim perayaan.

“Promosi ini bukan sahaja menawarkan harga tiket yang sangat berpatutan, malah memberi peluang kepada keluarga untuk meluangkan masa bersama sambil menikmati pelbagai permainan air dan aktiviti menarik yang disediakan di taman tema ini,” katanya.

648475201 1337781038389860 9131997671584374718 n

Selain itu, Melaka Wonderland Theme Park & Resort turut menyediakan pelbagai kemudahan serta aktiviti rekreasi yang sesuai untuk pengunjung membabitkan pelbagai peringkat umur, sekali gus menjadikannya antara destinasi pilihan untuk aktiviti riadah keluarga di negeri ini.

Sebagai tambahan, pengunjung juga boleh menikmati promosi khas keluarga dengan harga RM148 sahaja bagi pakej 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, sekali gus menjadikan kunjungan ke Melaka Wonderland Theme Park & Resort lebih berbaloi dan sesuai untuk percutian bersama keluarga sempena musim perayaan ini.

Jadi apa tunggu lagi? Jom buat tempahan awal sebelum 15 Mac 2026 dan raikan hari raya bersama keluarga di Melaka Wonderland Theme Park & Resort yang pastinya meninggalkan kenangan indah untuk semua.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

539
Kongsi :
Previous post 1,500 PENGUNJUNG MERIAHKAN IFTAR SANTAI MPJ
Next post PARKIR PERCUMA SEMPENA AIDILFITRI DIJANGKA GAMIT PELANCONG KE MELAKA