
HBN 2025: 13 ‘PORT’ AKTIVITI MENARIK UNTUK BELIA MELAKA
AYER KEROH 16 Mei – Sebanyak 13 ‘port’ aktiviti menarik bakal disediakan sempena Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Melaka pada esok dan lusa.
Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam berkata, sambutan peringkat negeri akan diadakan di Taman Rekreasi Bukit Serindit bermula dari pagi hingga malam.
Katanya, aktiviti tersebut merangkumi pelbagai bidang untuk diterokai antaranya termasuklah seni, sukan, teknologi, keusahawanan, warisan dan kerjaya.
“Antara 13 port aktiviti membabitkan pameran dan jualan; autoshow dan motorshow; fun run dan neon walk; konsert Hari Belia Negara; Fitnessthon; Pertandingan Penalti Shoot Out; Persembahan Buskers dan Yoyo Cina; Jualan Rahmah; Konvoi Santai: Janji Sampai; Pameran Kerjaya dan TVET; E-Sukan dan board game; ruang inovasi dan teknologi belia serta foodtruck dan gerai.
“Pengunjung berpeluang untuk menyertai aktiviti interaktif, pertandingan sukan, persembahan seni serta mendapatkan maklumat peluang khas kerjaya menerusi pameran khas sepanjang dua hari sambutan tersebut berlangsung,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Shanmugam berkata, kebanyakan aktiviti yang disediakan adalah percuma, namun ada juga yang mengenakan bayaran kepada pengunjung.
“Kita harap semua pengisian yang kita di Jabatan Belia Sukan Negeri Melaka anjurkan ini dapat disertai pengunjung khususnya anak muda di Melaka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.