Sorting by

×

HEBAT: MPHTJ TERIMA LEBIH 20 ISU LIBAT TAMAN PERUMAHAN

Masa Membaca:53 Saat

SERI NEGERI 5 Februari – Lebih 20 aduan diterima Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) pada Program Hari Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bersama Rakyat (HEBAT) Melaka siri 1/ 2026, di Kompleks Seri Negeri, di sini, semalam.

Yang Dipertua MPHTJ Datuk Sapiah Haron berkata, secara keseluruhan jumlah aduan diterima kali ini menurun berbanding tahun lalu.

Baginya, angka itu adalah perkara yang amat positif dan membuktikan keberkesanan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

“Aduan diterima membabitkan isu di taman-taman perumahan, kawasan rekreasi, penyelenggaraan pokok, banjir, masalah jalan dan longkang. Tiada isu besar bagi siri pertama ini, insya-Allah perkara disuarakan rakyat akan kami tangani dengan segera,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada program berkenaan.

Mengulas lanjut, Sapiah turut memaklumkan pihaknya telah berjaya menyelesaikan hampir kesemua aduan yang diterima pada tahun lalu.

“Kami ambil maklum apa sahaja isu dan aduan daripada orang awam, jika boleh selesai dalam tempoh terdekat akan terus diusahakan. Kalau membabitkan kos yang tinggi, tetap akan diselesaikan namun akan melibatkan tempoh masa yang sedikit panjang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

363
Kongsi :
Previous post HEBAT: ISU KEBERSIHAN, LESEN PERNIAGAAN PALING BANYAK DITERIMA MBMB
Next post HEBAT: PERZIM TERIMA PERMOHONAN BAIK PULIH RUMAH TRADISIONAL, BANGUNAN WARISAN