
HEBAT: PERZIM TERIMA PERMOHONAN BAIK PULIH RUMAH TRADISIONAL, BANGUNAN WARISAN
SERI NEGERI 5 Februari – Membaik pulih rumah tradisional dan bangunan warisan antara cadangan yang diterima Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) pada Program Hari Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bersama Rakyat (HEBAT) Melaka siri 1/ 2026, di Kompleks Seri Negeri, di sini, semalam.
Pengurus Besar PERZIM Erne Hamsah berkata, pihaknya menyambut baik cadangan itu kerana premis berkenaan terletak sekitar lokasi tumpuan pelancongan.
“PERZIM terbuka dalam hal ini kerana apa yang disuarakan amat membina, kami akan ambil maklum berhubung perkara yang dicadangkan.
“Setiap cadangan pastinya akan diteliti, jika dilaksanakan saya percaya ia akan memberikan impak jangka masa panjang kepada sektor pelancongan Negeri Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Dalam perkembangan lain, Erne memaklumkan operasi semua muzium di bawah PERZEM berjalan seperti biasa sepanjang Ramadan ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENJAWAT AWAM JUGA RAKYAT, HEBAT JADI MEDIUM ADUAN MENYELURUH
SERI NEGERI 5 Februari - Penjawat awam antara yang memanfaatkan Penganjuran Program Hari Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bersama Rakyat...
HEBAT: MPHTJ TERIMA LEBIH 20 ISU LIBAT TAMAN PERUMAHAN
SERI NEGERI 5 Februari - Lebih 20 aduan diterima Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) pada Program Hari Majlis Mesyuarat...
HEBAT: ISU KEBERSIHAN, LESEN PERNIAGAAN PALING BANYAK DITERIMA MBMB
SERI NEGERI 5 Februari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang membuka kaunter aduan pada Program Hari Majlis Mesyuarat Kerajaan...
SEMINAR MARITIM PERBETUL NARATIF SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA
DUYONG 5 Februari - Seminar Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka Dalam Dunia Maritim yang diadakan di Auditorium Muzium Hang Tuah Center...
HEBAT: CAKNA PERMASALAHAN RAKYAT SECARA MENYELURUH
SERI NEGERI 5 Februari - Pendekatan Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bertemu Rakyat (HEBAT) Siri 1/2026 menjadi...
MENARA TAMING SARI LEBIH SELAMAT, SELESA
SERI NEGERI 5 Februari - Menara Taming Sari terus komited memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung menerusi kerja naik taraf fasiliti...
