Sorting by

×

HEBAT: RAKYAT MELAKA PUJI INISIATIF KERAJAAN NEGERI TURUN PADANG

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

DURIAN TUNGGAL 5 Ogos – Pelbagai program turun padang melibatkan pemimpin untuk menyantuni rakyat mencerminkan komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam membantu meningkatkan lagi kualiti kehidupan seharian orang Melaka.

Susulan itu penganjuran Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bersama Rakyat Negeri Melaka dijadualkan pada 7 Ogos ini (Khamis) di Kompleks Seri Negeri, amat dinanti-nantikan rakyat Melaka.

Saadiah Abdul Jalil, 45, dari Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah ketika ditemui berkata, usaha itu juga membuktikan pemimpin yang ada ketika ini amat cakna berhubung permasalahan dihadapi rakyat dan bukan sekadar hadir di khalayak ramai pada majlis rasmi sahaja.

“Alhamdulillah setakat ini ramai pemimpin Negeri Melaka kerap turun padang untuk menyelami keluhan dan merasai sendiri denyut nadi rakyat hingga ke peringkat akar umbi. Diharapkan rakyat Melaka memanfaatkan program disusun kerana ini adalah peluang untuk berjumpa empat mata dengan pemimpin negeri.

“Kita sebagai rakyat mahukan yang terbaik, jadi saya amat memuji inisiatif turun padang yang menjadi amalan Kerajaan Negeri,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

6091174421244003696
NORHIDAYU.

Sementara itu Norhidayu Abdul Rahman, 32, dari Bukit Rambai pula berharap program disusun itu akan mengerat dan memperkukuhkan lagi hubungan antara pemimpin serta rakyat.

Katanya, program itu juga meningkatkan lagi keyakinan rakyat mengenai komitmen pemimpin negeri dalam membantu memperbaiki kualiti kehidupan seharian mereka.

“Hasil perjumpaan ini rakyat akan lebih yakin dengan kepimpinan Kerajaan Negeri. Kemahuan rakyat pada ketika ini adalah pemimpin yang sudi meluangkan masa untuk dengar sendiri keluhan kami.

“Tanpa kerenah birokrasi, insya-Allah, setiap permasalahan dapat diselesaikan dalam masa singkat, hubungan rakyat dan pemimpin pula pastinya semakin mesra serta akrab,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

484
Kongsi :
Previous post JKM PERLUAS PROGRAM KASIH KANAK-KANAK KE 20 BUAH SEKOLAH
Next post DIDIK MURID MENGENAI HAK KANAK-KANAK, TALIAN 15999