
HERNIA INGUINAL: GEJALA DAN SIMPTOM
Oleh: Datuk Dr. Shankar Gunarasa
Pakar Bedah Kolorektal dan Umum, Robotik dan Laparoskopi
Pantai Hospital Ayer Keroh Melaka
Hernia inguinal adalah hernia yang paling kerap berlaku di bahagian abdomen. Hernia inguinal ini berlaku di sebabkan oleh bonjolan yang keluar dari dalam abdomen (biasanya usus besar, usus kecil dan lapisan lemak omentum) ke luar abdomen yang dilapisi membrane nipis dan membentuk kangtung atau hernia sac.
Kebiasaannya 75 peratus masalah masalah hernia disebabkan oleh inguinal hernia. Golongan lelaki lebih kerap menghidapi masalah ini berbanding golongan wanita.
Inguinal hernia ini terdiri daripada dua jenis iaitu inguinal hernia langsung (direct) dan inguinal hernia tidak langsung (indirect).
Inguinal hernia berlaku pada kawasan di mana dinding abdomen yang agak kurang tebal. Ia biasanya tidak menonjol ke dalam skrotum.
Inguinal hernia langsung ini lebih cenderung berlaku kepada mereka yang berada di peringkat pertengahan umur dan orang tua. Ini disebabkan dinding abdomen menjadi semakin lemah bila umur meningkat.
Manakala, inguinal hernia tidak langsung pula berlaku akibat bonjolan terkeluar melalui jalan yang pernah dilalui oleh testis (buah pelir) semasa perkembangan di peringkat janin dahulu. Kadangkala bonjolon ini terkeluar ke dalam kangtung buah zakar. Biasanya hernia jenis ini berlaku pada usia yang muda.
FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB HERNIA
Henia kebiasaannya berlaku disebabkan oleh peningkatan tekanan di dalam ruang abdomen yang berlebihan yang boleh menyebabkan bonjolon keluar dari abdomen dan menyumbang kepada hernia. Antara faktor-faktornya adalah:
• Obesiti
• Mengangkat objek berat atau aktiviti angkat berat
• Batuk berpanjangan seperti penyakit paru paru kronik
• Meneran semasa buang air besar atau kecil
• Ada cecair di dalam ruang abdomen atau ascites
Inguinal hernia juga boleh berlaku dalam kalangan para atlet, lebih-lebih lagi dengan permainan lasak seperti bola sepak. Kerap anda mendengar tentang pemain bola sepak mengalami ‘groin injury’ disebabkan sukan itu. Kebiasaannya mereka lebih cenderung mengalami masalah direct inguinal hernia. Namun cara mendiagnosis dan rawatan tetap sama.
APAKAH TANDA-TANDA HERNIA INGUINAL?
Simptom yang utama adalah bonjolan yang tiba-tiba timbul di bahagian peha atau di bahagian ari-ari. Ia akan timbul dan hilang sama sekali seperti angin pasang. Sesetengah bonjolan ini tidak akan hilang dan bila ini berlaku, pesakit akan mengadu kesakitan. Lebih-lebih lagi apabila meneran atau menjalani aktiviti lasak, kesakitannya akan menjadi lebih ketara.
Masalah hernia inguinal ini boleh memberi masalah yang semakin parah, terutama apabila kantung hernia tersebut mengandungi usus kecil atau besar, pesakit akan mengalami “intestinal obstruction” dan akan menyebabkan masalah kembung perut. Keadaan ini memaksa pesakit terpaksa menjalani pembedahan untuk mengelakkan usus terbocor.
Malah, ada yang datang dengan gejala dan tanda-tanda yang teruk seperti bonjolan yang sakit (incarcerated). Kulit luar mungkin kelihatan merah kehitaman dan pesakit mungkin demam. Ini adalah akibat kandungan bonjolan seperti usus telah mengalami kekurangan bekalan darah akibat himpitan (jerutan) salur darah biasanya di lubang bukaan hernia.
Ia dikenali sebagai angin pasang terbelit (strangulated inguinal hernia) dan memerlukan pembedahan serta-merta untuk mengelakkan usus menjadi hitam atau ischaemia.
RAWATAN
Rawatan untuk hernia adalah untuk mengelakkan faktor-faktor yang boleh meningkatkan tekanan di ruang abdomen. Ini terdiri daripada merawat sembelit dan juga masalah prostate yang membesar seperti benign prostatic hyperplasia (BPH). Kedua-dua faktor ini boleh menyebabkan masalah hernia inguinal dan mesti dirawat sebelum pembedahan boleh di lakukan.
Rawatan yang lazim di gunakan untuk hernia inguinal ini ialah pembedahan secara tradisi seperti ‘open inguinal hernia’.
Tetapi sekarang dengan adanya “key-hole surgery”, pembedahan laparoskopi inguinal hernia dapat dilakukan.
Rawatan terbaru di Pantai Hospital Ayer Keroh Melaka ialah pembedahan secara Robotik di mana pesakit tidak akan merasa sakit selepas pembedahan dan dapat pulang ke aktiviti biasa dalam masa dua minggu.
Kebaikan cara laparoskopi ini ialah pesakit akan merasa kurang sakit, dapat kembali melakukan aktiviti harian lebih awal untuk atlet pula mereka dapat kembali ke ativiti sukan secepat yang mungkin.
Sekiranya anda mahu mengetahui lebih lanjut tentang masalah hernia inguinal ini, anda boleh berhubung dengan saya, Datuk Dr. Shankar Gunarasa, Pakar Bedah Umum, Laparoskopi, Robotik dan Kolorektal di Pantai Hospital Ayer Keroh Melaka di talian 06 2319999 Samb; 2131.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.