
‘HI-TEA’ SERIKAN SAMBUTAN 100 TAHUN PANDU PUTERI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 8 November – Majlis Centennial Hi-Tea menyerikan Sambutan 100 Tahun Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Cawangan Melaka.
Majlis penuh kemeriahan itu turut diserikan dengan kehadiran isteri Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Penaung Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Melaka, Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman.
Turut hadir, isteri Perdana Menteri, merangkap Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang turut menyempurnakan perasmian program berkenaan.
Hadir sama, isteri Ketua Menteri Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz; Ketua Pesuruhjaya PPPM, Datuk Yeoh Soo Keng; Yang Dipertua PPPM Cawangan Melaka Datin Wira Ts. Nurazlina Md Sanusi serta kenamaan lain.
Majlis anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri Melaka itu menghimpunkan lebih 300 ahli serta pemimpin dari seluruh negeri.
Ia bertujuan memperkukuh jaringan silaturahim dan memperkasakan peranan wanita muda dalam kepimpinan masyarakat.
Majlis santai itu turut dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik termasuk persembahan kebudayaan, sesi penghargaan kepada ahli cemerlang serta cabutan bertuah yang menceriakan suasana.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


