
HIMPUN 3,224 PENARI ZAPIN, MELAKA PECAH REKOD NEGARA
KLEBANG 28 September – Melaka mencipta rekod baharu dalam sektor pelancongan apabila berjaya menghimpunkan seramai 3,224 penari yang mempersembahkan tarian zapin seribu secara serentak.
Rekod tarian zapin membabitkan peserta teramai itu dicipta pada malam Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) di Encore Melaka, di sini, malam tadi.
Pengiktirafan tersebut telah disampaikan Malaysia Book Of Records (MBOR) kepada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Ia turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta delegasi dunia yang hadir bersempena Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025.
Terdahulu, tarian zapin diiringi empat buah lagu itu dipersembahkan ketika acara pembukaan pelancaran VM 2026.
Persembahan berlangsung kira-kira 20 minit dan telah mendapat sorakan gemuruh kenamaan serta pengunjung yang hadir.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘PERHATI DAN PILIH’ DIDIK MASYARAKAT JADI PENGGUNA BIJAK
LENDU 27 Februari - Kempen 'Perhati dan Pilih' menjadi platform strategik dalam mendidik orang ramai terutamanya pengguna berhubung aspek kebersihan...
ASPEK KEBERSIHAN MAKANAN JADI KEUTAMAAN MPHTJ
AYER KEROH 26 Februari - Pemantauan kebersihan secara harian dilaksanakan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di semua bazar Ramadan...
MAIM BANTU ANAK ASNAF BERSINAR DALAM TVET
AYER KEROH 25 Februari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membuka ruang dan peluang kepada anak-anak asnaf menceburi bidang Pendidikan...
BOMBA MELAKA KONGSI REZEKI, CERIAKAN RAMADAN KELUARGA B40
PAYA RUMPUT 25 Februari - Sumbangan bakul Ramadan tanda keprihatinan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka sedikit sebanyak...
PENGENDALI MAKANAN DI MELAKA SEMAKIN MATANG, CAKNA ASPEK KEBERSIHAN
LENDU 25 Februari - Pengendali makanan termasuk peniaga pasar Ramadan di negeri ini semakin matang dan amat mengutamakan aspek kebersihan...
LEAD, WYF METERAI MOU ANGKAT SUARA PEKERJA GIG MELAKA
BUKIT KATIL 25 Februari - Pertubuhan Lestari Ekonomi Aktivis GiG Digital Malaysia (LEAD) dan World Youth Foundation (WYF) memeterai memorandum...
