
Hishammuddin Hussein positif COVID-19
AYER KEROH 22 Feb – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein disahkan positif COVID-19 menurut satu kenyataan dikongsi di Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia, hari ini.
Sebagai individu yang telah menerima dos penggalak, beliau akan menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan semasa oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan COVID-19 jenis RT-PCR secara berkala selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri (self-test) melalui kaedah RTK Antigen.
“Kali terakhir beliau menjalani ujian pengesanan jenis RT-PCR dan mendapat keputusan negatif COVID-19 ialah pada Jumaat, 18 Feb lalu,” katanya.
Sepanjang tempoh isolasi Hishammuddin, akan terus memantau dan menjalankan tugas-tugasnya yang sesuai dilaksanakan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PEMANDU TRELER TERLIBAT KEMALANGAN MAUT DIREMAN EMPAT HARI
JOHOR BAHRU 3 April - Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru-Seremban berdekatan persimpangan...
TIADA KES STROK HABA DI MELAKA SETAKAT INI – EXCO
MELAKA 3 April - Tiada kes strok haba direkodkan di Melaka setakat ini meskipun cuaca panas yang melanda ketika ini,...
‘DUA BERITA GEMBIRA SERENTAK’
SUNGAI UDANG 3 April - Dilema akibat bau busuk lebih dua dekad membelenggu penduduk taman perumahan sekitar Pusat Pelupusan Sampah...
KES DENGGI DI MELAKA TURUN 63 PERATUS
TELOK MAS 3 April – Kes demam denggi dilaporkan di Melaka setakat 2 April lalu menunjukkan penurunan ketara dengan mencatatkan...
PEMBANGUNAN LOJI WTE BERPOTENSI LONJAK NILAI HARTANAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 3 April - Nilai hartanah di Sungai Udang berpotensi akan melonjak dengan wujudnya Loji Waste-to-Energy (WtE) Sungai Udang...
‘WELLNESS HUB’ PROMOSI GAYA HIDUP SIHAT KEPADA RAKYAT MELAKA
TELOK MAS 3 April – Kewujudan Wellness Hub Melaka Tengah mampu meningkatkan lagi tahap kesedaran dalam kalangan penduduk negeri ini...
