Sorting by

×

HLN2025: PASUKAN LANDSKAP KOLEJ KOMUNITI SELANDAR HARUMKAN NAMA MELAKA

Masa Membaca:55 Saat

ASAHAN 3 Julai – Kolej Komuniti Selandar berjaya mengharumkan nama Negeri Melaka selepas membawa pulang kemenangan berganda pada sambutan Hari Landskap Negara 2025 yang berlangsung di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor, baru-baru ini.

Kejayaan itu diraih Pasukan Program Sijil Landskap Kolej Komuniti Selandar yang dinobat johan dalam Pertandingan Mural IPTA/IPTS, selain turut meraih gelaran naib johan dalam Pertandingan Arca IPTA/IPTS.

Kolej Komuniti Selandar dalam satu kenyataan memaklumkan, kemenangan itu dicapai hasil kerja keras pasukan yang dibimbing Suriyana Sulaji bersama tiga pelajar iaitu Muhammad Zubair, Ahmad Irfan dan Mohamad Tajuddin.

“Tema ‘Simfoni Angin Irama Alam’ telah dipilih dan menjadi inspirasi utama Kolej Komuniti Selandar bagi menunjukkan bagaimana kesatuan antara unsur manusia, seni dan alam dapat membawa mesej yang kuat mengenai kelestarian,” kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan sama, anugerah yang diraih itu merupakan satu pencapaian yang amat bermakna dalam menaikkan semangat warga Kolej Komuniti Selandar pada masa akan datang.

“Anugerah ini juga menjadi manifestasi penghargaan terhadap kesungguhan dan bakat pelajar dalam menyemarakkan landskap negara dengan nilai seni, inovasi serta alam sekitar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

499
Kongsi :
Previous post WRUR MEDAN PROMOSI, RANCAKKAN BIDANG TVET UNTUK ANAK MUDA
Next post SENI DAN BUDAYA BENTUK IDENTITI BANGSA