Sorting by

×

HOSPITAL MELAKA CARI WARIS PESAKIT LELAKI TIADA IDENTITI DIRAWAT DI ICU

Masa Membaca:33 Saat

PENGKALAN BATU 25 Mac – Hospital Melaka memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris pesakit lelaki tanpa identiti yang kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Unit Komunikasi Korporat Hospital Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan pesakit itu telah dimasukkan ke hospital berkenaan pada 20 Mac (Jumaat) lalu.

“Nama, umur, keturunan, taraf warganegara dan alamat pesakit masih belum dikenal pasti.

“Justeru, Hospital Melaka memohon bantuan orang ramai untuk mengesan waris pesakit seperti pada gambar,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, sesiapa yang mengenali pesakit boleh menghubungi Unit Perhubungan Awam Hospital Melaka di talian 06-2892072 atau ICU Hospital Melaka di talian 06-2892772.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

399
Kongsi :
Previous post CUACA PANAS DIJANGKA BERTERUSAN HINGGA JUN – METMALAYSIA
Next post POLIS MELAKA DAPAT NAIK MELAKA RIVER CRUISE PERCUMA